Assalamualaikum .
Setiap yang sudah berumah tangga mesti inginkan cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga. Saya juga tak terkecuali. Setahun berkahwin dan belum dikurniakan cahaya mata, sudah pasti saya akan berusaha untuk meningkatkan mutu kesihatan semata-mata ingin menimang zuriat sendiri.
Antara punca - punca sukar hamil ialah
Faktor usia - Tahu kah anda bahawa peningkatan usia boleh
mengurangkan kemampuan seseorang wanita itu untuk hamil. Setelah berusia
30 tahun, tahap kesuburan wanita semakin berkurangan dari setahun ke
setahun.
Usia dan tahap kesihatan pasangan - Tahap kesuburan lelaki juga berkurangan apabila usia mereka meningkat.. Biasanya
tahap kesuburan lelaki mula menurun selepas berusia 40 tahun.
Gaya hidup - Faktor pemakanan, senaman, tahap stres yang sedang dialami, tabiat tidur
dan macam-macam lagi. Untuk memastikan berjaya hamil, anda mestilah
betul-betul sihat. Maknanya, anda perlu berhenti merokok, tidak
mengambil minuman keras, mengamalkan diet seimbang setiap hari, tidur
yang cukup dan senaman secara berkala.
Stres yang melampau - Tekanan perasaan yang melampau boleh menutup peluang anda untuk
memiliki cahaya mata sendiri. Sama ada berusaha terlalu keras untuk
mendapatkan anak ataupun terlalu komited dengan kerja, kedua-duanya
boleh menyebabkan anda sukar hamil. Semakin tertekan pasangan suami
isteri itu maka semakin susah bagi mereka untuk mendapatkan anak.
Bilangan sperma yang rendah - Ada sesetengah lelaki bermasalah untuk menghasilkan sperma. Akibatnya
isteri mereka sukar hamil. Oleh yang demikian, suami perlulah menjalani
beberapa ujian terhadap sperma mereka untuk mengetahui keadaan
sebenarnya.
Pengambilan kafein - Sekiranya anda mengambil lebih daripada satu atau dua cawan kopi setiap
hari, anda sebenarnya mengurangkan keupayaan diri untuk hamil. Ada
kajian mendapati bahawa jumlah kafein yang ada dalam tubuh boleh
mengganggu kemampuan telur untuk melekat dalam uterus
Kebaikan GLA Shaklee
Ramai yang tak tahu kebaikan GLA ini. GLA·atau nama penuhnya Gamma Linolenik Asid berfungsi menstabilkan hormon di dalam badan kita. Boleh diambil oleh lelaki dan wanita.Ia
sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka
yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan
kencing manis.Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli.
Sebotol GLA mengandungi 60 butir kapsul dan mampu bertahan selama sebulan bagi kegunaan biasa. Saya sendiri telah rasai perubahan yang positif dengan produk ini.
Kalau dahulu, saya period sekali setiap tiga hingga empat bulan. Dan sekarang, dengan izin Allah swt, period saya beransur pulih setiap bulan dan saya masih konsisten mengamalkan pengambilan GLA dengan gabungan Alfalfa Complex untuk kesan yang lebih bagus. Alhamdulillah, period saya semakin konsisten, selain daripada jerawat dan bekas jerawat lama pada kulit saya semakin pudar.
Produk Shaklee tidak bertujuan untuk mengubati tetapi sebagai makanan tambahan dan salah satu ikhtiar untuk mendapatkan kesihatan yang optimum.
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:



