About Me

My photo
Sharifah Syahirah Shaklee Independent Distributor Shaklee ID : 1121392 Whatsapp / SMS : 017-2919499 COD : Batu Caves Sri Gombak Greenwood Tasik Biru, Kundang Bdr Baru Sg Buloh,

Thursday, 22 May 2014

Migrain : Punca, simptom dan cara mengatasi.

Assalamualaikum. 

Adakah anda penghidap migrain? 

Saya menghidap migrain sejak 2005, iaitu di tingkatan 5. Sejak itu, saya hanya diberi ponstan atau cafergot untuk mengurangkan rasa sakit akibat migrain. Sekejap aje lah eloknya. Lepas beberapa jam, mesti sakit tu datang balik.


Apakah sebenarnya migraine?


Migrain adalah satu bentuk sakit kepala disebabkan oleh pembesaran saluran darah (vasodilatation) yang menyebabkan pelepasan bahan kimia daripada gentian saraf yang melilit arteri besar otak. Bahan kimia ini menyebabkan keradangan, kesakitan, dan pembesaran arteri. Pembesaran arteri menambahkan kesakitan.
Serangan migrain biasanya mengaktifkan sistem sarah simpatatik. Sistem saraf simpatatik adalah sebahagian daripada sistem sarah yang mengawal tindak balas kepada tekanan dan kesakitan. Sebagai contoh, peningkatan aktiviti saraf simpatatik menyebabkan loya, muntah, cirit birit dan sebagainya.

Kenapa anda boleh diserang migrain?


1) Pemakanan

Pengambilan makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG), cheese, nitrate, coklat, kekacang, alcohol, dan aspartame boleh menyebabkan kamu diserang migraine kerana ada diantara makanan itu mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan salur darah. Diet yang menurunkan kandungan gula dalam darah, tidak makan atau lambat makan mengikut jadual, serta kerap minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, Nescafe, coke atau pepsi juga boleh menyebabkan migraine kerana bahan ini juga boleh menyebabkan saluran darah mengembang.

2) Hormone

Bagi perempuan, turun naik hormone estrogen sebelum, semasa, dan selepas haid akan menyebabkan sering diserang sakit kepala.

3) Cara hidup

Berlakunya pertukaran waktu jaga dan waktu tidur, terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migraine. Bagi pelajar yang gemar belajar last minit dan mengabaikan makan dan tidur, akan menyebabkan mudah diserang migraine. Pengambilan ubat-ubatan, keturunan, perubahan cuaca, bunyi bising, menonton tv atau memandang skrin computer terlalu lama, stress, tekanan emosi dan merokok juga merupakan punca-punca diserang migraine.



Simptom- simptom migrain

- Rasa ngeri ditusuk dengan jarum pada sebelah kepala dan merebak ke bahagian hidung dan sekitar mata . 
- Kesakitan teramat sangat dan berdenyut2. -Pandangan silau, kabur dan kadangkala menjadi gelap. - Tekak berasa loya, muntah dan kadangkala tangan dan kaki menjadi sejuk. -Pesakit akan menjadi sensitif pada sebarang bunyi dan suara . -Serangan selalunya berakhir dalam tempoh 4-72 jam. -Sesetengah pesakit akan mengalami pengumpulan cecair dalam badan seperti bengkak bengkak dan membesar di bahagian tertentu anggota badan .

Bagaimana untuk mengurangkan dan sekaligus (mana tau ada rezeki) menyingkirkan migrain dari hidup anda?




Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

Kalsium 
  • membina tulang dan gigi
  • membantu menetapkan ritma jantung
  • menyelesaikan masalah insomnia
  • membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran
  • membantu dalam pembekuan darah
  • mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang.
  • mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium 
  • membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, 
  • membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.
B Complex

  • Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine)membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. 
  • mengurangkan risiko diserang mograin
  • mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


HARGA MENARIK MENANTI ANDA!